Sunday, 1 September 2013

Era Baru Kepimpinan Umno Cawangan Kampung Baru Felcra

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi akhirnya Mesyuarat Tahunan Umno Cawangan Kampung Baru Felcra hari berjaya diadakan dengan jayanya tanggal 1 September 2013. Mesyuarat yang diadakan kali ini penuh semangat setiakawan dan muhibah antara ahli .Apa tidaknya sebelum mesyuarat ada pulak majlis makan-makan yang menunya perghhh memang mengancam .
Daging kurma , gulai buah kundur ,ikan kembung goreng beserta ulam-ulaman yang berpasangan dengan sambal belacan kampung memang memecah selera .Bagi yang dah makan tengah hari tidak dilupakan ada laksa dan ais kacang menunggu . Ini yang aku tabik pasal kampung aku walau kecil perpaduannya tetap utuh .

jalan-jalan cari makan .

Pada pukul 3.00 petang bermula mesyuarat cawangan Kampung Baru Felcra yang dipengurusikan oleh En.Ismail bin Saari. Dalam mesyuarat kali ini bekas Ketua Cawangan yang lama En. Ishak bin Othman memberi laluan kepada En. Abd Aziz bin Othman untuk menjadi Ketua Cawangan yang baru . Bagi jawatan Timbalan Ketua Cawangan En. Zamri bin Mat Zain bersaing dengan En.Rozali bin Ismail dan undian lebih memihak kepada En.Zamri bin Mat Zain. Dalam ucapan sulung En.Abd Aziz bin Othman sebagai Ketua Cawangan yang baru beliau menggesa ahli-ahli Umno Cawangan Kampung Baru Felcra mengekalkan kekuatan cawangan dan bergiat aktif demi kebaikan bersama.
Dalam perbahasan usul untuk dibawa ke Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian beberapa cadangan telah diutarakan antaranya mencadangkan pembinaan makmal komputer di Kampung Baru Felcra untuk kemudahan anak-anak penduduk kampung mempelajari asas komputer yang menjadi tunjang kemahiran pada masa kini .
Mesyuarat selesai pada pukul 4.15 minit petang.

No comments:

Post a Comment