Monday, 7 October 2013

Catatan dari Facebook seorang kawan ...

Jom renung-renungkan .

-- SEKITAR KEMPEN KETUA PEMUDA ARAU (SIRI 1) --

Kempen Pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Arau yang masuk ke minggu terakhir dan pelbagai laporan dan rakaman diterima dari pelbagai sumber.

Terkini, sahabat saya yang turut sama menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau untuk ke sekian kalinya berkempen bahawa hanya calon yang bekerja di Perlis layak menjadi Ketua Pemuda. 

Walaupun saya lahir dan membesar sebagai “orang peghelih”, saya tentu sekali tidak mampu menyalahkan takdir tuhan yang memberi sumber rezeki kepada saya di luar negeri Perlis. Akan tetapi, sejak tahun 2009 sehinggalah ke tahun 2013 ini, rakan-rakan Pemuda khususnya di Bahagian Arau boleh menilai track-record program-program yang telah dilaksanakan.

Dalam keadaan tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat Bahagian, saya dan rakan-rakan telah berjaya menganjurkan:
- program tahunan Tutorial Akademik & Penambahan Jemaah Muda di masjid (‘study group’ SPM yang disertai ratusan pelajar luar Bandar),
- Pertandingan Bolasepak 9 Sebelah (disertai 24 Pasukan, penambahan 121 ahli UMNO dan pendaftaran 78 pengundi baru),
- 3x Tayangan ‘Giant Screen’ Final Bolasepak (pendaftaran 184 pengundi baru melalui kupon cabutan bertuah),
- Program hiburan Battle of the Bands untuk orang muda di Arau menjelang hari Pilihanraya Umum ke-13 selepas sekian lama bertungkus-lumus bekerja untuk parti,
- Siri program penjanaan ekonomi orang muda dengan kerjasama JBSPs dan KKLW,
- Pertandingan Bolasepak PlayStation2 di Dataran C-Mart Arau (penambahan 31 ahli UMNO dan 9 pengundi baru),
- Program Kembara Ramadhan menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Baling dan Kpg Teloi Timur,
- Pentomen Sejarah Perjuangan Kemerdekaan dan pertandingan indoor games sempena Hari UMNO 2012,
dan tentunya ratusan program-program strategik berskala kecil yang lain yang dianjurkan dalam keadaan saya mencari rezeki di luar negeri Perlis dan hanya marhaen kerdil tanpa jawatan dalam Pemuda Bahagian Arau.

Saya tidak pasti “jika ada” sebarang gerak kerja atau program parti yang telah dianjur dan dilaksanakan oleh sahabat saya ini yang kebetulan bekerja di Perlis dan turut memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian Arau. Kawan-kawan dok tanya... 

ps: teringat peribahasa orang tua-tua...


-- SEKITAR KEMPEN KETUA PEMUDA ARAU (SIRI 2) --

Nampaknya kempen serangan peribadi untuk merendah-rendahkan kemampuan pihak lawan yang dimulakan oleh sahabat saya masih tidak berhenti.

Maka, saya tidaklah mempunyai banyak pilihan lain disaat-saat akhir ini selain memberikan penjelasan untuk menjawab tohmahan dan adu domba yang dilemparkan demi untuk mempertahankan kawan-kawan marhaen dan pekerja parti yang tidak berjawatan dalam Pemuda Bahagian yang begitu bersemangat untuk menawarkan khidmat bakti mereka menggerakkan gerak kerja Pemuda di peringkat Bahagian.

Terdapat cubaan melaga-lagakan saya dengan kawan-kawan yang membantu memberikan sokongan kepada saya. Sahabat saya yang turut sama menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau bersama-sama orang kanan kiri depan belakang beliau men‘jarum’ kononnya saya melebihkan sahabat-sahabat daripada DUN Sanglang untuk berada di dalam barisan Jawatankuasa Pemuda Bahagian.

Matlamat gerak kerja Pemuda Arau perlu jelas dan sistematik bermula dari peringkat perancangan awal. Apapun gerak kerja yang dirancang, matlamat akhir Pemuda Arau mestilah untuk (1) Mempertahankan kemenangan Barisan Nasional di DUN Pauh, Tambun Tulang dan Guar Sanji; (2) Menambah majoriti kemenangan di Simpang Empat; dan yang paling penting dan utama, (3) Merampas kembali kerusi DUN Sanglang yang sudah 3 penggal berada di bawah pembangkang.

Dengan sebab itu, sejak dari peringkat awal lagi, saya berusaha menyusun sebuah pasukan Pemuda yang mantap di DUN Sanglang. Saya melihat adanya keperluan yang mendesak untuk membawa masuk wakil Pemuda dari kelompok orang-orang muda yang bekerja sebagai nelayan, petani, usahawan, kakitangan kerajaan dan golongan professional; bukan hanya kerana mereka memberi sokongan kepada saya, tetapi kerana itu yang terbaik untuk merampas kembali DUN Sanglang pada hemat saya. Pemuda Arau perlu berusaha membantu BN menyapu bersih kesemua kerusi DUN dan Parlimen di Arau pada PRU14.

Jadi, saya akui, saya lebihkan sahabat-sahabat dari DUN Sanglang tanpa berlaku peminggiran terhadap sahabat-sahabat dari kawasan lain.

Dalam pada itu, perlu juga dinilai, apa kurangnya dengan sahabat saya yang turut sama menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau bersama-sama orang kanan kiri depan belakang beliau. Semuanya dari DUN Tambun Tulang dan semuanya Kontraktor Kelas F.

Harus diketahui dan difahami, barisan Jawatankuasa Pemuda Bahagian bagi penggal 2008-2013 terdiri 11 orang Kontraktor Kelas F dan hanya 4 orang dari bidang profession yang lain. Pakat-pakat nilai sendiri apa yang telahpun terjadi.

Kawan-kawan kontraktor dalam Pemuda ni ada 2 kumpulan. Pertamanya, yang bertungkus-lumus bekerja untuk parti tanpa mengambil kira ada atau tidak ada projek untuk diri sendiri. Keduanya, dan yang ramainya, kalau tak dapat projek tak boleh nak bantu gerak kerja parti; bila dapat projek sibuk nak siapkan projek maka tak dapat nak bantu gerak kerja parti; dan, bila projek dah siap asyik sembang rugi memanjang maka tak dapat juga nak bantu gerak kerja parti (mintak projek satu lagi). Sekali lagi, pakat-pakat nilai sendiri apa yang telahpun terjadi......

ps: dan sekali lagi, saya teringat peribahasa orang tua-tua...


Syed Atief bin Syed Abu Bakar
Calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau 2013

Monday, 30 September 2013

Kobera oh Kobera

Gatal pulak tangan aku nak menaip hari ni maklumlah lama tak menaip weh . Semalam aku lepak kat Pusat Khidmat DUN Pauh , ada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan oleh YAB Menteri Besar Perlis Azlan Bin Man kepada Koperasi Bela Rakyat ( KOBERA ) Pauh . Cek berjumlah RM30,000.00 itu sebenarnya adalah untuk 250 orang golongan yang tidak berkemampuan untuk memiliki saham KOBERA . Adakah disebabkan itu maka majlis tersebut dihadiri tidak sampai 100 orang . Pendek sungguh akal orang-orang macam ni . Adakah sebab duit tersebut tak sampai ke tapak tangan maka kita sanggup tolak rezeki tu atau sememangnya majlis tersebut kurang promosi kat kampung-kampung . Kalau dah namanya kampung confirm ramai orang susah weh kalau betul-betul jelajah dalam kampung jangankan 250 rasanya 500 orang pun dapat datang .
Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada kesemua yang hadir menjayakan majlis ini terutamanya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang turun padang dan juga Pengerusi KOBERA Pauh En.Abdul Halim b. Abdullah Sanny serta YAB Azlan Man yang sempat melapangkan masa menyerahkan cek serta memberi ucapan walaupun demam masih belum kebah .

Wednesday, 25 September 2013

Jom Berkempen...

Minggu ni semua pakat sibuk . Dari pemimpin atasan sampai pengikut bawahan dok kalut berkunjung , berziarah ,bertanya khabar ... Pilihanraya mai lagi ka ? Baru je lepas hihi tapi yang ni pun setanding pilihanraya .Pemilihan Umno sudah bermula . Yang hebatnya tahun ni boleh dikatakan semua jawatan dipertandingkan jadi bila ada pertandingan adala musim berkempen .Bila berkempen adala yang tak puas hati .Kononnya berlaku amalan politik wang dalam kempen . Benarkah ia berlaku ? Rasanya dakyah je tu atau gosip-gosip liar . Yang pasti kalau betul-betul berlaku pasti sudah ada yang tampil buat laporan kepada SPRM dan juga pihak yang bertanggungjawab dalam UMNO . Sekarang Politik Wang ni bukan orang pandang sangat pun . Yang penting sekarang ni calon pemimpin yang berkelayakan yang mampu memimpin UMNO.
Aku kat Perlis sekadar pemerhati . Bukan apa hihi Pemuda cawangan aku tak layak bermesyuarat kerana tidak cukup ahli Pemuda . Bila dijengah balik bukan cawangan aku saja banyak lagi cawangan dalam Bahagian Arau ni yang tak layak bermesyuarat dan yang paling hampeh ada cawangan yang layak bermesyuarat pun tak dapat bermesyuarat sebab ahli Pemuda dah malas nak bermesyuarat . Ada yang tak kena ke ? Apa dah jadi dengan pemuda Umno Bahagian Arau ni ?
Apa pun selamat berjuang ye calon-calon ...

Saturday, 14 September 2013

REHAT SEKEJAP ...

Tak pasal-pasal kena rehat panjang
aku benci kau nyamuk huhuhu

Thursday, 5 September 2013

KIASU




Kiasu
 (Chinese: 驚輸; Pe̍h-ōe-jī: kiaⁿ-su) is a Hokkien and Singlish word that literally means 'fear of losing' (Vernacular Chinese: 怕输). 

Umno adalah sebuah parti politik . Parti politik wujud sebagai penggerak amalan demokrasi . Parti politik wujud kerana rakyat sebgai golongan akar umbi mahukan kehidupan yang baik ,mahu suara mereka didengari . Golongan akar umbi inilah yang melahirkan pemimpin dalam erti kata lain bukannya seseorang pemimpin itu lahir automatik menjadi pemimpin . Mereka dilantik , diangkat ,dijulang dan diberi kuasa sebagai seorang pemimpin . Bagaimana hendak menentukan dia seorang pemimpin yang baik ..mudah je ..Undi..Berdasarkan populariti .Jadi apa masalah kat sini . Masalahnya apabila pemimpin yang paling atas tidak mahu pertandingan berlaku .Kenapa ? Bukankah ini menghalang proses demokrasi .Kenapa kita dihalang untuk menetukan pemimpin yang kita nak ?
Bukankah ini bertentangan dengan kehendak akar umbi . Biarlah pertandingan berlaku secara adil .Jangan disebabkan ada campur tangan pihak tertentu kita melupakan kehendak akar umbi dan amalan demokrasi . Sudah la melompat bahagian ,bila tahu akan wujud pertandingan kena dapatkan bantuan pemimpin tertinggi . kenapa pemimpin tertinggi tak declare saja dalam media saya nak sipolan ini sebgai ketua bahagian kan senang . Tak payah bertanding . Dengan menyeret sama golongan istana hanya mewujudkan pandangan serong terhadap istana . Sebagai salah seorang rakyat yang sayangkan institusi beraja saya rasa perkara ini tidak seharusnya berlaku . Wahai pemimpin tertinggi biarlah pertandingan ini berlaku secara adil dan saksama jangan campuri urusan politik negeri kecil ini kerana tuan bukan orang negeri ini. Tuan tidak tahu apa yang berlaku dan apa yang kami mahukan .Jika tuan tahu , tuan takkan bertindak sedemikian rupa .

Tuesday, 3 September 2013

Harga Minyak naik 20 sen ...


Sarip Dol ·  Pengulas Tertinggi · Universiti Samseng Kg.Dusun
..sepatutmya kita kena tahu beban yang ditanggung oleh kerajaan dek subsidi yg diberikan pada rakyat..kerajaan hnya kurangkan subsidi 20 sen jer...sembang kemah nak negara maju, rakyat yang negara mereka maju mana ditanggung subsidi mereka sebab tu negara mereka maju sebab pendapatan negara bertambah dan nilai aliran tunai meningkat...subsidi 20 sen yang kerajaan tarik kau bsising, macam mana subsidi harga gas yang kerajaan tanggung separuh?????25 ringgit setong gas yang bini korang buat masak kat umah tu kerajaan tanggung, harga gula kerajaan tanggung, perubatan kerajaan tanggung, pendidikan sekolah kerajaan tanggung..bantuan kebajikan masyarakat, hospital, kwamp dan banyak lagi benda yang kerajaan tanggung...kalau nak jadi negara maju pendapatan negara kita kenalah meningkat, lagi satu 20 sen yang kerajjan tarik tu blh dibuat pembangunan untuk bnda lain...fikir logik , kalau hati kita dihasut dengan kebencian mmg pemikiran kita akn jadi sempit,,

Pak Mat Tempang ·  Pengulas Tertinggi · Universiti at home
banyak benda lg kerajaan nak tanggung jadi berfikiran waras la sikit jd terima la dengan hati yg terbuka x perlu la nak kutuk dan mengata najib... bukan naik rm 2 pun hanya 0.20 .....klu rasa x mampu x pyh pakai kereta atau pun motor pakai basikal jer senang....x pyh isi minyak....beli kereta mahal2 mampu nak isi minyak x mampu ke????buat malu jer la.....muahahaha..

Kamil Salleh ·  ·  Pengulas Tertinggi · Penghias Kek Ising di Kedai kek
Apa boleh buat, kerajaan lebih memahami situasi dalam negara, nanti bertambah hutang negara pula asyik bantuan tu dan bantuan ni.

http://ping.busuk.org/v/198545/kenaikan-harga-minyak-kenapa-naik-dan-apa-yang-rakyat-akan-dapat.html
Pada masa ini, subsidi minyak dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, termasuklah di kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dan rakyat asing. 

Oleh itu, kerajaan perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih, dengan mensasarkan DAN memberi tumpuan kepada golongan yang memerlukan dan mudah terjejas.

MENGAPA NAIK?

1) Lebihan akaun semasa imbangan pembayaran (BOP) yang sederhana di samping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi. 

2) Pada masa ini, Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95, dan RM1.00 seliter bagi diesel. 

3) Jumlah subsidi bahan api yang ditanggung oleh kerajaan bagi tahun ini adalah RM24.8 billion, jumlah yang sangat besar sedangkan jumlah yang sama boleh digunakan untuk projek pembangunan negara yang lain. 

APA YANG RAKYAT AKAN DAPAT?

1) Kerajaan akan MENINGKATKAN pemberian BR1M dalam Bajet 2014 dimana jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan Bajet. 

2) Pada masa hadapan, satu jaringan keselamatan sosial (social safety net) yang lebih komprehensif akan diperkenalkan.

3) Projek Mass Rapid Transit (MRT) Jajaran 1, 2 dan 3 diteruskan seperti yang dirancang. 

4) Kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Jom tengok ulasan kat Facebook pula,,,

Hafidz Idris minyak memang turun.. kerajaan pula tidak menaikkan harga minyak cuma kerajaan mengurangkan subsidi minyak sahaja.. tapi saya rasa terkilan sikit tu ada la juga sbb dalam pada minyak turun kerajaan yang saya sayangi mengurangkan subsidi. apa pun kerajaan memang mencuba yang terbaik demi kepentingan ekonomi Malaysia.. please support our ekonomi 
32 minutes ago · Like · 1
Ahmad Suhaib ada gak orang yang suka harga minyak naik ye.. awatlah xbg kat dia je kenaikan harga minyak tuh.. emm.. biaq dia tau bertapa seksa nya nek harga minyak nih.. mungkin da gaji tinggi, dapat kerja gomen. xrasalah sgt.. cuba try kerja sendiri tgk boleh dakidup dalam tempoh 2-3 taun tanpa bantuan.. yg nak marah sangat nih sebab semua kena.. sepatutnya kalau nak nek harga minyak kena la bahas dulu.. baru betoi.. jadi orang dah ready awal lah, xdak lah duk berebut macam malam td..


Khairul Anwar Fadzil Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...

Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.
26 minutes ago · Like · 5


Monday, 2 September 2013

HARGA MINYAK NAIK TENGAH MALAM INI ...

Penafian Kosmo Online

Harga minyak naik hanya khabar angin


KUALA LUMPUR - Dakwaan sesetengah pihak bahawa harga minyak petrol akan naik 20 sen esok adalah hanya khabar angin.
Naib Presiden Persatuan Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Datuk Abdul Razak Idris berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat sebarang hitam putih daripada Kementerian Kewangan berhubung kesahihan khabar angin tersebut.
“Jika namanya sudah khabar angin, sudah tentu ia tidak benar, kalau betul-betul harga minyak naik sudah tentu ada hitam putih dari kerajaan,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Beliau mengulas mengenai khabar angin melalui laman sosial WhatsApp dan blog bahawa harga minyak petrol akan naik 20 sen esok. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz2djh76Xln 
Hakcipta terpelihara 

TAPI HAKIKATNYA 

Sebentar tadi jam 6.40pm (2/9/2013) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga minyak petrol Ron 95 dan minyak Diesel sebanyak 20 sen mulai jam 12.01 tengah malam ini (3/9/13). Perkara itu diumumkan di Putrajaya dalam sebuah sidang media ringkas. Beliau juga turut menyentuh mengenai isu semakan BR1M. Sumber gambar dari Astro Awani.


Harga RON95, diesel naik 20 sen mulai tengah malam ini

Cetak
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini. 

Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2. 

Ini adalah salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini. 


Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaRON95_dieselnaik20senmulaitengahmalamini/Article/?bh


Aku sebagai seorang penyokong kerajaan dan ahli UMNO yang sah memang akui sedikit kecewa dengan perkembangan terbaru ini. Bagaimanapun aku kena fikir secara positif walaupun ada benda negatif yang bakal menyusul lepas ni yang tidak dapat dielak KENAIKAN HARGA BARANG .Tapi kalau kerajaan cepat bertindak rasanya kenaikan harga barang rasanya dapat dikawal . Jadi kepada pak-pak menteri buktikan anda boleh buat kerja terutamanya Dato Seri Ismail Sabri Yaakob pantau harga barang , penguatkuasaan berterusan dan peka terhadap pengguna bukannya peniaga .